aRtmGj9nYCRgAUanjInMp3gEbQOqXBW58gLhi6IP

Cari Blog Ini

Pages

AL-QR’AN ITU QADIM BUKAN MAKHLUK




Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim.Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya..seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;
1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya.Seperti contoh yang kita sebutkan di atas.Bangunan itu qadim.Bangunan itu lama.Tetapi lamanya ada permulaan.
Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak.Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak.Mustahil pada akal untuk kita katakan anak lahir dulu sebelum ayahnya.Maka qadim ini juga ada permulaan baginya.
Qadim zaati : Qadim ini bersifat zaati. Qadim yang dinisbahkan kepada zat Allah Ta’ala dan segala sifatnya.Maka qadim ini tidak ada permulaan bagi adanya. Maka qadim inilah yang dimaksudkan di dalam kefahaman akidah ahli sunnah waljamaah bagi qadimnya Allah dan segala sifatnya.

Kenapa dikatakan Al-Quran itu bersifat qadim zaati yang tidak ada permulaan bagi adanya. Dengan perkataan yang lain Al-Quran itu bukan mahdas. Bukan baru. Walaupun yang kita lihat mushafnya terdiri daripada kertas dan tulisan bahasa arab yang bersifat baru.
Mesti difahami Al-Quran itu kalamullah.Kalam salah satu daripada sifat Allah Ta’ala.Mustahil kita katakan sifat Allah Ta’ala itu baru yakni ada permulaan bagi adanya.Adapun mushaf itu gambaran daripada gambaran kalamullah yang qadim. Maka yang dii3tiqadkan qadim itu ialah Al-Quran yang sebelum daripada turunnya dengan bahasa arab.

Golongan muktazilah mengi3tiqadkan Al-Quran itu baharu. Walaupun yang dimaksudkan Al-Quran yang baharu itu ialah tulisannya, bahasanya, lafaznya tetapi ulamak ahli sunnah kita cuba menyelamatkan akidah masyarakat awam daripada mengi3tiqadkan Al-Quran itu sebagai baru kerana ia merupakan kalamullah. Kalam itu sifat Allah dan semua sifat Allah adalah qadim (tidak ada permulaan bagi adanya).
Related Posts

Related Posts

Posting Komentar